Friday 5 May 2017


SUDUT INFORMASI


Salam 1 Malaysia semua!

Setelah sehari suntuk sibuk dengan kuliah,  akhirnya dapat juga peluang untuk saya membuat satu lagi coretan untuk kalian. Saya ingin berkongsi dengan kalian semua, tiga laman sesawang yang memberi informasi yang sangat baik untuk kita, berkaitan dengan alam sekitar. Sebenarnya terdapat banyak lagi laman sesawang, tetapi saya hanya sempat meneroka tiga ini. saya akan berkongsi dengan anda, laman-laman sesawang yang lain, kemudian.


1.  Portal Jabatan Alam Sekitar

Laman sesawang ini terdapat pelbagai informasi yang sangat berguna. Terdapat informasi mengenai struktur pentadbiran jabatan, arkib keratan akhbar, kes mahkamah, draf undang-undang, maklumat alam sekitar dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, layari:

https://www.doe.gov.my/portalv1/



2. Portal Rasmi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Laman ini juga mengediakan pelbagai informasi mengenai dasar, undang-undang, fakta mengenai alam sekitar, kualiti alam sekitar dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, layari:

http://www.nre.gov.my/ms-my/AlamSekitar/Pages/default.aspx


3. FOMCA (Dasar Kualiti dan Alam Sekitar)

Laman ini juga sangat berinformasi. Pihak FOMCA menerangkan pelbagai operasi yang mereka lakukan dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar ini.

Untuk maklumat lanjut, layari:

http://www.fomca.org.my/v1/index.php/profil-fomca/dasar-kualiti-alam-sekitar-fomca

Thursday 4 May 2017

JOM NIKMATI KEINDAHAN ALAM SEKITAR!





Coretan kali ini, bukanlah untuk membincangkan sebarang isu, tetapi, saya ingin berkongsi beberapa gambar ilusi, yang menggambarkan betapa cantiknya alam sekitar ciptaan Tuhan.





Saya telah mengambil gambar ilusi ini dari sumber Google Images. Sekalung penghargaan kepada mereka, kerana berkongsi bersama kita keindahan ciptaan Tuhan. Jadi, saya juga telah berkongsi gambar-gambar tersebut buat tatapan sekalian. Saya berharap tiada pihak yang tersinggung atau terjejas. Sebarang komen dari anda, amatlah digalakkan.

Sekian.

KEMPEN HARI TANPA BEG PLASTIK




Seperti yang kita semua tahu, beg plastik merupakan satu bahan yang cukup "terkenal" dan digunakan secara meluas. Namun begitu, beg plastik tidak dapat dikitar semula, walaupun terdapat usaha-usaha yang sedang dijalankan untuk mencari jalan, berbuat demikian. Disebabkan ciri-ciri ini, beg plastik yang dibuang merata-rata, tidak akan mereput walaupun beberapa tahun, dan mencemarkan alam sekitar ini. Malah, banyak haiwan juga turut terjejas ekoran pembuangan beg plastik di merata-rata tempat, kerana menganggap plastik sebagai makanan dan menelan plastik tersebut.

 Oleh itu, pihak kerajaan telah mengambil langkah yang cukup arif, dengan membuat kempen Hari Tanpa Beg Plastik, setiap hari Sabtu. Setiap beg akan dikenakan bayaran sebanyak RM 0.20, jika perlu atas permintaan. Kempen ini telah berjaya dilaksanakan dan respons positif dapat dilihat di negara kita.

Baru-baru ini,  negeri Selangor telah diisytiharkan sebagai Zon Bebas Beg Plastik, di mana beg plastik dikenakan caj rm0.20, tidak kira hari. Keputusan ini turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak.


Oleh itu, kita sebagai pengguna yang berhemah, amatlah digalakkan untuk membawa beg plastik, atau lebih elok, beg kitar semula dari rumah ketika membeli belah, di samping menjimatkan duit untuk membeli beg plastik, sekaligus mengurangkan penggunaan beg plastik.

PENCEMARAN UDARA (BAHAGIAN 2)

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN UDARA

Salam 1 Malaysia sekalian!

Bagi coretan kali ini, kita sambung lagi berceloteh mengenai pencemaran udara lagi. Kali ini, kita berbincang sedikit mengenai langkah-langkah yang bole kita ambil untuk mengatasi masalah pencemaran udara yang makin berleluasa kini.

Bagi memudahkan penjelasan saya, saya akan terangkan dari perspektif setiap pihak, dan bagaimana kita boleh memainkan peranan dalam menangani masalah pencemaran udara ini. 

1. Individu

Bagi setiap individu, kita bole mengambil beberapa langkah mudah dalam usaha mengatasi masalah pencemaran udara ini, 

a. Menggunakan Pengangkutan awam, berkongsi kereta, atau BERBASIKAL!!




Hahaha, jangan terkejut apabila saya berkata sedemikian. Ramai di antara kita sering memandu kereta seorang diri, tidak kira untuk pergi ke tempat kerja, untuk makan, atau bersiar-siar. Bagi yang pergi ke tempat kerja, sangatlah disarankan agar berkongsi kereta ke tempat kerja bersama rakan-rakan sekalian, kerana dengan berbuat demikian, kita bukan sahaja mengurangkan bilangan kenderaan, malah kita dapat menjimatkan duit minyak kereta sekaligus. 

Pengangkutan awam juga amat disyorkan kerana bilangan kereta akan berkurangan, dan asap kenderaan yang menjadi onar dan antara faktor utama dapat dikurangkan. 

Manakala, bagi membeli makanan, atau bersiar-siar di waktu senja, kita dapat berbasikal sahaja, kerana dengan berbasikal, kita dapat bersenam bagi kesihatan, sekaligus mengurangkan pencemaran udara. Jadi, AYUHH, marilah kita menyahut saranan ini, dan menggunakan pengangkutan awam, dan berbasikal ke tempat-tempat yang dekat!

b. Kitar semula.

Apa kaitan kitar semula dengan pencemaran udara? Memang ada! Cuba kita bayangkan, ramai di antara kita yang membakar kertas-kertas yang terpakai. Ada juga segelintir daripada kita yang membakar rumput-rumput yang dipotong. Semua ini memberi impak yang negatif kepada kualiti udara. Semua bahan yang boleh dikitar semula wajar di kumpul dan di hantar ke pusat kitar semula. 


Rumput pula, boleh dijadikan baja organik bersama sisa makanan yang lain, dan diguna sebagai nutrien bagi tanaman di rumah.


2. Pengusaha Kilang dan Pihak Perindustrian

Bagi pihak perindustrian dan pembangunan, golongan ini memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha mengatasi masalah ini. Hal ini disebabkan antara punca pencemaran udara ialah, pembakaran terbuka. Mereka tidak seharusnya mengejar keuntungan semata-mata, tanpa memikirkan kesan buruk daripada aktiviti ini. Ada di antara pengusaha, membakar sisa-sisa ekonomi di tempat terbuka, menyebabkan pelepasan asap ke udara, dan mencemarkan udara. Hal ini demikian kerana, terdapat  beberapa pihak yang tamak haloba dan tidak mahu membayar kos penghapusan sisa-sisa ini.

Jadi, pihak pengusaha dan perindustrian boleh menjadi lebih bertanggungjawab, dan menguruskan sisa kilang dan perindustrian dengan lebih sistematik dan efisien.

Bukan itu sahaja, cerombong asap yang mengeluarkan asap dari kilang-kilang juga seharusnya dipasang penapis, agar kandungan toksik asap bole ditapis.

3. Pihak kerajaan/Pihak berkuasa

Bagi pihak kerajaan atau pihak berkuasa, mereka boleh menguatkuasakan akta dan peraturan yang sedia ada, terhadap penghapusan sisa sisa perindustrian, damn mengenakan hukuman yang berat, setimpal dengan tindakan tidak bertanggungjawab seperti pembakaran terbuka, dan pelupusan sisa secara tidak teratur.

4. Media massa



Pihak media boleh mendidik para pengguna, dan masyarakat dengan membuat iklan-iklan kesedaran, tentang bagaimana seseorang atau sesebuah konuniti boleh bekerjasama dalam mengatasi pencemaran udara ini. Edaran notis atau buletin informasi juga boleh dilakukan dengan menyelitkan helaian tersebut dalam surat khabar dan majalah. Usaha ini pasti dapat membantu dalam mengatasi masalah yang menjadi seperti duri dalam daging ini. 



Secara tuntasnya, semua pihak harus berganding bahu dalam usaha mengurangkan pencemaran udara, sekaligus menjamin kualiti udara yang sihat untuk kita semua. 

Sekian.

Sumber: Gambar dari Google Images


PENCEMARAN UDARA

Maksud: 

Menurut Wikipedia, pencemaran udara adalah kehadiran satu atau lebih bahan fizikal, kimia, atau biologi di atmosfera dalam jumlah yang dapat membahayakan kesihatan manusia, haiwan, dan tumbuhan, mengganggu ekosistem. 

Jadi, bagi kita mudah faham apa itu pencemaran udara, pencemaran udara ialah perubahan dalam kandungan udara yang normal, yang jika menjadi sangat teruk, mampu menyebabkan udara menjadi toksin, yang memberi kesan yang buruk kepada semua hidupan, termasuklah manusia ,dan juga alam flora dan fauna. 


Apakah punca pencemaran udara?




-aktiviti pembangunan dan perindustrian




-bilangan kenderaan yang bertambah



-pembakaran terbuka




-aktiviti harian manusia seperti racun serangga, penyembur nyamuk, penggunaan mesin penghawa dingin.





  • PENCEMARAN AIR (BAHAGIAN 2)


  • Bagaimanakah kesihatan manusia terjejas dengan pencemaran air?

  • 1. Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air.
  • 2. Manusia juga boleh mendapat penyakit atau masalah kesihatan yang teruk jika meminum atau menggunakan air yang tercemar.
  • 3. Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri.
  • 4. Malah, apabila kita makan ikan dan kehidupan air yang turut terjejas dan tercemar, ia akan menjejaskan kesihatan kita.

  • 5. Bagi kita yang gemar mandi air sungai dan air terjun, air yang tercemar, apabila masuk melalui rongga-rongga kulit, mata, telinga, hidung, ataupun apabila kita terminum secara tidak sengaja, mampu menjejaskan sistem immunisasi kita, sekaligus dapat menyebabkan kita menjadi lemah dan jatuh sakit. 

Jadi, seperti yang telah saya nyatakan dalam artikel sebelum ini, kita bertanggungjawab untuk kesihatan kita sendiri, dengan menjaga kebersihan air, yang secara tidak langsung menjamin kesihatan kita sendiri.

Sekian.

Ini merupakan info mengenai Indeks Kebersihan Air, yang saya terjumpa di laman sesawang. Jadi, saya terfikir untuk berkongsi bersama para pengunjung blog. Mungkin ada di antara kita yang melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan dengan alam, dan mungkin info ini membantu mereka. Bukan itu sahaja, untuk orang awam seperti kita juga, kita dapat menilai kebersihan air, dan ini mampu menjad panduan, apabila terbaca artikel akhbar atau majalah yang memberi indeks ini.

Sekian.

Sumber: Gambar dari Google Images

PENCEMARAN AIR (BAHAGIAN 1)

Salam sekalian, disini saya  telah sisipkan bersama artikel dari Berita Harian (khamis, 6 Oktober 2016).

"Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang menyiapkan kertas siasatan berhubung kilang di Sungai Lalang, Semenyih yang beroperasi secara haram dan dipercayai menjadi punca pencemaran air dan bau di sungai berkenaan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/199501"


Hari ini saya ingin menyentuh sedikit mengenai isu pencemaran air. 

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pencemaran air?

-sisa lombong
-sisa industri
-hakisan sungai
-hakisan kawasan tadahan air hujan
-sisa kawasan ternakan
-sisa domestik
-pembuangan air kumbahan, sisa kimia, dan sampah sarap.

Jika kita lihat di sini, hampir semua sisa ini berpunca dari kegiatan  aktiviti domestik dan sisa kilang, di mana pihak yang tidak bertanggungjawab, mengambil langkah mudah dan "percuma" dengan membuang sisa-sisa di sungai, dan laut, tanpa memikirkan impak terhadap alam sekitar. 

Namun begitu, pernahkah kita terfikir, kita sebagai individu juga turut menyumbang kepada pencemaran air ini. Bagaimana?

- membuang sampah di laut ketika berkelah
- membuang plastik ke dalam sungai
- membuang sisa makanan ke dalam laut atau sungai
- membuang perabot lama 


Walaupun perkara ini nampak remeh, namun, jika semua individu membuat perkara yang terkeji ini, bayangkan apa yang akan berlaku pada masa depan. Cukup mengerikan!

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan sumber air ini. 
Buanglah sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di kawasan-kawasan pelancongan.
Kitar semua perabot yang dibuat dari sumber yang boleh dikitar semula.



Salam.

Sumber : Gambar dari Google Image

Pencemaran dapat didefinisikan sebagai pembuangan sisa atau bahan daripada aktiviti manusia, ke alam persekitaran yang menyebabkan terganggunya ekosistem, atau keselesaan dan kemandirian kehidupan.





Pencemaran dapat dibahagikan kepada:
1. Pencemaran air
2. Pencemaran udara
3.Pencemaran bunyi
4. Pencemaran tanah
5. Pencemaran laut
6. Pencemaran haba
7. Pencemaran sungai dan kolam

dan banyak lagi.

saya akan jelaskan lebih mendalam mengenai isu-isu ini dalam nukilan yang akan datang. Salam.

Coretan Pertama

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia kepada pengunjung blog sekalian!

Terlebih dahulu, sekalung penghargaan kepada FOMCA kerana menganjurkan aktiviti-aktiviti dan pertandingan seperti ini, kerana, saya dapat peluang untuk menimba ilmu mengenai alam sekitar, dan isu-isu semasa yang berkait rapat dengannya. Sekaligus, berkongsi ilmu-ilmu ini bersama para pengunjung blog, untuk memberi kesedaran tentang alam sekitar, dan bersama-sama menjaga alam sekitar untuk kebaikan manusia sejagat.

Diharap kalian dapat memanfaatkan blog ini, dan memberi komen atau maklumbalas jika terdapat sebarang isu-isu yang saya akan berkongsi.

PENCEMARAN NUKLEAR (RADIOAKTIF) Salam sejahtera semua... Kali ini, apakah topik yang bakal saya berkongsi dengan anda semua?  Jika ...